|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
PENGUMUMAN |
Tiada Pengumuman Setakat Ini |
|
PEROLEHAN CABUTAN UNDI
|
Agensi Pelaksana |
Jabatan Kewangan Negeri |
Nombor Rujukan |
4/2022 (PETI 2) |
Klasifikasi Perolehan |
LOT PERNIAGAAN |
Jenis Perolehan |
Cabutan Undi |
Tajuk |
CABUTAN UNDI LOT PERNIAGAAN PESTA PULAU PINANG 2022 DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG(PETI 2 - LOT PERNIAGAAN Z1 HINGGA Z13) |
Tarikh Iklan |
19 - Aug - 2022 |
Tarikh Cabutan Undi |
13 - Sep - 2022 |
Masa Cabutan Undi |
9:00 am |
Tempat Cabutan Undi |
AUDITORIUM A, C DAN F
TINGKAT 5 KOMTAR ,
GEORGETOWN PULAU PINANG |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Syarat-syarat |
1. Cabutan undi ini terbuka kepada semua peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Borang ini boleh dimuat turun secara percuma di Sistem Perolehan Kerajaan
Negeri Pulau Pinang (sysP) di alamat http://ep.penang.gov.my.
3. Borang Cabutan Undi hendaklah diisi dengan lengkap, terang dan tandakan (√) pada petak-petak yang berkenaan dalam senarai semak.
4. Harga sewaan lot perniagaan telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Perniagaan, Pameran & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2022 seperti di Lampiran 1.
5. Borang Cabutan Undi hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: -
Dokumen Asas
(i)1 keping gambar berukuran pasport terkini yang dilekatkan pada borang permohonan.
(ii)1 salinan kad pengenalan pemilik syarikat (Warganegara Malaysia) atau 1 salinan pasport Antarabangsa pemilik syarikat (Warganegara Asing).
Dokumen Perniagaan
(iii)1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) yang masih berkuat kuasa.
(iv)1 salinan Maklumat Jenis Perniagaan yang dijalankan dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) mestilah bersamaan dengan perniagaan yang akan dijalankan semasa penganjuran Pesta Pulau Pinang.
(v)1 salinan Maklumat Pemilik Masa Kini / Maklumat Syarikat yang masih berkuat kuasa.
Dokumen Sokongan
(vi) Surat Akuan Pembida yang lengkap dan ditandatangani di Lampiran 3.
Dokumen Kewangan
(vii) Banker’s Cheque atas nama BENDAHARI NEGERI PULAU PINANG dengan nilai yang telah ditetapkan bagi setiap lot perniagaan yang hendak dipohon seperti di Lampiran 1. Banker’s Cheque ini akan dipulangkan kepada pemohon sekiranya pemohon gagal dalam cabutan undi. Bagi pemohon yang berjaya, banker’s Cheque ini akan dijadikan sebagai bayaran deposit. Sekiranya pemohon yang berjaya menolak tawaran, pemotongan deposit sebanyak lima puluh peratus (50%) akan dikenakan sebagai penalti.
(viii) Salinan penyata akaun bank syarikat/pemilik terkini.
6. Semua dokumen asal seperti di perenggan 5 perlu dikemukakan semasa pendaftaran bagi tujuan semakan.
7. Pendaftaran dan cabutan undi lot perniagaan Pesta Pulau Pinang 2022 akan dijalankan pada tarikh seperti berikut :
Bahagian 1
Tarikh : 13 September 2022 (Selasa)
No Peti Undi : 1, 2, dan 3
Tempat : Ruang Legar Aras 5 dan
Auditorium A, C & F KOMTAR.
Masa : 9.00 pg. - 12.00 tgh. - Pendaftaran
2.00 ptg. - 5.00 ptg. - Cabutan Undi
8. Pemilik syarikat DIWAJIBKAN hadir semasa proses pendaftaran dan cabutan undi. Wakil syarikat tidak dibenarkan. Bagi syarikat Sendirian Berhad / Berhad wakil syarikat yang hadir hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada pihak syarikat. Surat tersebut hendaklah , menggunakan kepala surat syarikat dan perlu ditaip menggunakan komputer. Surat mestilah ditandatangani oleh ahli salah seorang daripada ahli Lembaga pengarah syarikat.
9. Setiap pemilik syarikat hanya dibenarkan mendaftar untuk satu (1) lot perniagaan dalam Bahagian 1.
10. Yuran pendaftaran untuk satu (1) permohonan ialah RM10.00 dan perlu dijelaskan semasa pendaftaran cabutan undi.
11. Setiap syarikat yang berjaya dikehendaki mematuhi semua syarat- syarat penyertaan Pesta Pulau Pinang 2022 seperti Lampiran 2.
12. Pesta Pulau Pinang 2022 akan bermula pada 26 November 2022 hingga 31 Disember 2022 iaitu selama 36 hari. Waktu operasi Pesta Pulau Pinang 2022 ialah bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Waktu operasi tertakluk kepada perubahan Jawatankuasa Induk Pesta Pulau Pinang 2022.
13. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Jawatankuasa Perniagaan, Pameran & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2022 di talian 04- 2623505. |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|