LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/18/2022
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
KERJA-KERJA MENAIKTARAF PAGAR SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS KERAJAAN NEGERI DI JALAN MASJID NEGERI, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG (FASA 3)
Tarikh Iklan
13 - Apr - 2022
Tarikh Jual
13 - Apr - 2022
Tarikh Tutup
20 - Apr - 2022
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, SEKSYEN PEROLEHAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, PARAS 30 KOMTAR, 10503 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang perkhidmatan di bawah kod bidang G2, KATEGORI CE, PENGKHUSUSAN CE21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai sebut harga berikut:-

KERJA-KERJA MENAIKTARAF PAGAR SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS KERAJAAN NEGERI DI JALAN MASJID NEGERI, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG (FASA 3)

2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam sebut harga ini adalah TIDAK DIWAJIBKAN untuk menghadiri lawatan tapak. Sekiranya Kontraktor ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan fizikal di tapak boleh menghubungi Pegawai berkenaan bagi tujuan penilaian sendiri.

3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan ePerolehan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan ePerolehan boleh mendapatkan borang sebut harga melalui laman Portal Rasmi Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang.

4. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara atas talian (online) dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 15 Julai 2021 (Khamis)

5. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta profail syarikat dan maklumat pengalaman serta salinan sijil SPKK, CIDB dan STB dalam kod bidang yang berkaitan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Tajuk Sebut Harga disebelah kanan atas sampul surat. Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 28 Julai 2021 dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga Bil. PSUKPP/28/2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

7. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G2 - CE - CE21 Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam(Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.