LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/54/2021
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN, LANDSKAP DAN KAWASAN SEKITAR TAPAK KOTA CORNWALLIS, GEORGETOWN, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
22 - Oct - 2021
Tarikh Jual
22 - Oct - 2021
Tarikh Tutup
01 - Nov - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Paras 3, KOMTAR,
10503 Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221001 - Pembersihan Bangunan / Pejabat dan 221002 - Membersih Kawasan yang masih sah tempoh lakunya

2. Lawatan dan taklimat di tapak TIDAK DIWAJIBKAN. Syarikat digalakkan untuk mengadakan lawatan sendiri ke Tapak Kota Cornwallis, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang dalam tempoh pelawaan sebutharga atau menghubungi Pegawai berkenaan bagi tujuan penilaian sendiri. Penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian full mask adalah diwajibkan sekiranya lawatan sendiri diadakan.

3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan Sistem e-Perolehan sahaja boleh mendapatkan borang Sebut Harga melalui laman web Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://ep.penang.gov.my/.

4. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan wajib hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan tajuk Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai pada atau sebelum 01 November 2021 (Isnin); jam 12.00 tengahari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti berikut:

PSUKPP/54/2021
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Paras 3, KOMTAR,
10503 Pulau Pinang
(u.p: Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang; CMI)

Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

5. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan semua kos berkaitan dengan penyediaan tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga terbabit. CMI tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. CMI berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

6. Tempoh sah laku Sebut Harga adalah selama 90 hari dari tarikh Sebut Harga ditutup.

7. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah:

i. Sebarang perubahan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

ii. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

iii. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau Penyebut Harga boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); dan

iv. Mana-mana kontraktor atau Penyebut Harga yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Timbalan Pengurus Besar
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang

 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221001 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat)DAN
221002 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan)
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.