|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
PENGUMUMAN |
Tiada Pengumuman Setakat Ini |
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Nombor Rujukan |
PSUKPP/48/2021 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN, LANDSKAP DAN KAWASAN SEKITAR TAPAK GALERI WARISAN ARKEOLOGI GUAR KEPAH, SEBERANG PERAI UTARA |
Tarikh Iklan |
14 - Sep - 2021 |
Tarikh Jual |
14 - Sep - 2021 |
Tarikh Tutup |
28 - Sep - 2021 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
UNIT PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
PARAS 47, KOMTAR
10503 PULAU PINANG |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 0.00 |
Syarat-syarat |
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221001 - Pembersihan Bangunan / Pejabat dan 221002 - Membersih Kawasan yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai sebut harga berikut:
2. Lawatan tapak dan taklimat di tapak TIDAK DIWAJIBKAN. Syarikat digalakkan untuk mengadakan lawatan sendiri ke Tapak Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah dalam tempoh pelawaan sebutharga atau menghubungi Pegawai berkenaan bagi tujuan penilaian sendiri. Penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian full mask adalah diwajibkan sekiranya lawatan sendiri diadakan.
3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan Sistem e-Perolehan sahaja boleh mendapatkan borang Sebut Harga melalui laman web Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://ep.penang.gov.my/.
4. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan wajib hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan tajuk Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai pada atau sebelum 28 September 2021 (Selasa); jam 12.00 tengahari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti berikut:
PSUKPP/48/2021
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI)
Paras 47, KOMTAR
10503 Pulau Pinang
Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
5. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan semua kos berkaitan dengan penyediaan tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga terbabit. CMI tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. CMI berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
6. Tempoh sah laku Sebut Harga adalah selama 90 hari dari tarikh Sebut Harga ditutup.
7. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah:
i. Sebarang perubahan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
ii. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
iii. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau Penyebut Harga boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); dan
iv. Mana-mana kontraktor atau Penyebut Harga yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
|
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
221001 | Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat) | DAN | 221002 | Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan) | |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|