LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/49/2021
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PENYEWAAN TANAH MILIK PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG (CMI) DI PT 5, LEBUH DOWNING (BERHADAPAN BANGUNAN TUANKU SYED PUTRA), SEKSYEN 24, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG BAGI TUJUAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA
Tarikh Iklan
10 - Sep - 2021
Tarikh Jual
10 - Sep - 2021
Tarikh Tutup
24 - Sep - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
UNIT PERBADANAN KETUA MENTERI
PULAU PINANG
PARAS 47, KOMTAR
10503 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang perkhidmatan di bawah kod bidang 221510 : Tempat Letak Kereta yang masih sah tempoh lakunya.

2. Lawatan Tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN disebabkan oleh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syarikat digalakkan untuk mengadakan lawatan tapak sendiri ke PT 5, Lebuh Downing (Berhadapan Bangunan Tuanku Syed Putra), Seksyen 24, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti penjarakan fizikal, pemakaian full mask dan penggunaan hand sanitizer.

3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan berdaftar Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan Sistem e-Perolehan boleh mendapatkan borang Sebut Harga melalui laman web e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://ep.penang.gov.my/.

4. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta profil syarikat dan maklumat pengalaman serta salinan sijil Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan tajuk Sebut Harga disebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai sebelum jam 12.00 tengahari pada 24 September 2021 (Jumaat) dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga PSUKPP/49/2021 di Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Paras 47, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

5. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan semua kos berkaitan dengan tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga terbabit. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. CMI berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221510 Perkhidmatan-Penyewaan Dan Pengurusan(Tempat Letak Kereta)
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.