LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN CABUTAN UNDI

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
PDT Daerah S.Perai Selatan
Nombor Rujukan
UNDI 01/2021
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Cabutan Undi
Tajuk
PELAWAAN CABUTAN UNDI PENGGILIRAN KONTRAKTOR GRED G1 YANG BERDAFTAR DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN BIL 01/2021
Tarikh Iklan
8 - Jul - 2021
Tarikh Cabutan Undi
16 - Jul - 2021
Masa Cabutan Undi
10:00 am
Tempat Cabutan Undi
PENGUNDIAN SECARA ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI ZOOM
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Syarat-syarat
PELAWAAN CABUTAN UNDI PENGGILIRAN KONTRAKTOR GRED G1 YANG BERDAFTAR DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN BIL 01/2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan akan mengadakan Sesi Cabutan Undi Penggiliran Kontraktor Projek-Projek Kecil yang berdaftar di Daerah Seberang Perai Selatan.

2. Sehubungan itu, semua Kontraktor Kelas G1 yang berdaftar di Daerah Seberang Perai Selatan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri
sesi pengundian ini yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 16 Julai 2021 ( Jumaat )
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pengundian secara atas talian melalui Aplikasi ZOOM
Pautan:
https://zoom.us/j/99838549691?pwd=SXc1OVA1UHF3VWNkTkxi
dUNvTDRqdz09
Meeting ID : 998 3854 9691
Passcode : 448415
* Pengesahan kehadiran di atas talian Aplikasi ZOOM adalah di atas NAMA SYARIKAT yang telah mendaftar untuk sesi cabutan undi penggiliran dengan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS).

3. Kontraktor yang layak dan berminat untuk menyertai cabutan undi penggiliran secara aplikasi ZOOM diwajibkan menghantar kepada Bahagian Pembangunan Daerah,PDTSPS dokumen-dokumen berikut untuk semakan:-
a) Salinan dan sijil asal Perakuan Pendaftaran kontraktor (PKK) oleh CIDB yang masih sah tempoh laku;
b) Salinan dan sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang masih sah tempoh laku;
c) Salinan dan sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh CIDB yang masih sah tempoh laku;
dan
d) Resit asal atau Salinan pembayaran pendaftaran sistem ePerolehan Kerajaan Negeri

4. Penghantaran dokumen oleh kontraktor adalah mengikut Susunan Abjad Mengikut Nama Syarikat seperti seperti berikut:-

Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
A hingga G : 12 Julai 2021
H hingga N : 13 Julai 2021
O hingga T : 14 Julai 2021
U hingga Z : 15 Julai 2021

(Contoh: Syarikat ZZA ENTREPRISE – Penghantaran dokumen adalah pada 14 Julai 2021
AZ ENTREPRISE – Penghantaran dokumen adalah pada 12 Julai 2021)

5. Untuk makluman, hanya pemilik lesen dibenarkan untuk menyertai cabutan secara aplikasi ZOOM. Kegagalan untuk mematuhi tempoh masa yang ditetapkan dan syarat yang dinyatakan seperti diatas akan menyebabkan syarikat Tuan/Puan tidak dibenarkan menyertai sesi undian ini. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6. Sebarang pertanyaan berhubung sesi pendaftaran ini boleh menghubungi Penolong Jurutera Bahagian Pembangunan di talian 04-5857800.
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.