LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Nombor Rujukan
JKSPP/KK/SPS BIL 2/2008
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, 13200 JAWI , PULAU PINANG.
Tarikh Iklan
30 - Nov - -0001
Tarikh Jual
21 - Nov - 2008
Tarikh Tutup
03 - Dec - 2008
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat ditulis di sebelah kiri sampul surat No.Sebutharga dan dihantar sebelum jam 12.00 tengahari pada 03 Disember 2008 ke alamat berikut ;

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau
No.3 Jalan Batu Gantung,
10450 Pulau Pinang.
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA

Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor beralamat di SEBERANG PERAI sahaja.

1. Syarikat dikehendaki mengemukakan satu salinan surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Lesen Perkhidmatan Kawalan Keselamatan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bersama-sama dengan borang sebutharga dan profail syarikat.


2. “Kadar sebutharga” hendaklah disebutkan secara jumlah keseluruhan bagi mengadakan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan untuk jangkamasa satu bulan kalender bagi setiap
bangunan-bangunan yang disenaraikan termasuk cukai perkhidmatan Kerajaan.


3. Kontrak ini dijangka akan bermula pada 1 Januari, 2009 atau pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat setuju terima sebutharga kelak.


4.Syarikat yang berjaya adalah dikehendaki membayar wang cagaran Keselamatan(Security Deposit) kepada Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang sebanyak 5% daripada semua nilai kontrak ini yang berjumlah 24 bulan ( 2 tahun ). Wang Cagaran Keselamatan (Security Deposit) ini hendaklah dibayar dalam bentuk TUNAI.


5. Cagaran ini akan dikembalikan kepada Syarikat selepas enam (6) bulan sesudah kontrak ini tamat
dan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang mengikut peruntukan dalam kontrak ini berhubung dengan apa-apa kegagalan melaksanakan kontrak ini atau apa-apa pelanggaran syarat-syarat kontrak ini dilakukan oleh Syarikat dibawah kontrak ini.


6. Deposit cagaran ini hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pentadbiran/ Kewangan,Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang sebelum perkhidmatan Kawalan Keselamatan ini bermula.



7. Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang berhak menamatkan kontrak bila - bila masa terhadap perkhidmatan yang gagal mematuhi perjanjian kontrak ini tanpa apa-apa tuntutan gantirugi.

8. Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang berhak membuat potongan Sebanyak 5% daripada jumlah bayaran bulanan apabila berlaku kekurangan kakitangan tanpa pengawal pengganti.

9. Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima sebutharga terendah atau mana-mana tender.

 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
28 Nov 20083:30 pmDi Dewan Mesyuarat, Tingkat 3,
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Utara, Jalan Bertam 1, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.