|
|
|
WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.00 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.00 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri |
Nombor Rujukan |
JKSPP/KK/SPU BIL 1/2008 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG. |
Tarikh Iklan |
30 - Nov - -0001 |
Tarikh Jual |
21 - Nov - 2008 |
Tarikh Tutup |
03 - Dec - 2008 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan dihantar sebelum jam 12.00 tengahari pada 03 Disember 2008 ke alamat berikut ;
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
|
Perolehan dibuka untuk |
Bumiputera |
Harga Dokumen |
RM 0.00 |
Syarat-syarat |
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA
Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor beralamat di SEBERANG PERAI sahaja.
1. Syarikat dikehendaki mengemukakan satu salinan surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Lesen Perkhidmatan Kawalan Keselamatan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bersama-sama dengan borang sebutharga dan profail syarikat.
2. “Kadar sebutharga” hendaklah disebutkan secara jumlah keseluruhan bagi mengadakan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan untuk jangkamasa satu bulan kalender bagi setiap bangunan-bangunan yang disenaraikan termasuk cukai perkhidmatan Kerajaan.
3. Kontrak ini dijangka akan bermula pada 1 Januari 2009 atau pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat setuju terima sebutharga kelak.
4. Syarikat yang berjaya adalah dikehendaki membayar wang cagaran Keselamatan(Security Deposit) kepada Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang sebanyak 5% daripada semua nilai kontrak ini yang berjumlah 24 bulan ( 2 tahun ). Wang Cagaran Keselamatan (Security Deposit) ini hendaklah dibayar dalam bentuk TUNAI.
5. Cagaran ini akan dikembalikan kepada Syarikat selepas enam (6) bulan sesudah kontrak ini tamat
dan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang mengikut peruntukan dalam kontrak ini berhubung dengan apa-apa kegagalan melaksanakan kontrak
ini atau apa-apa pelanggaran syarat-syarat kontrak ini dilakukan oleh Syarikat dibawah kontrak ini.
6. Deposit cagaran ini hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pentadbiran/ Kewangan,Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang sebelum perkhidmatan Kawalan Keselamatan ini bermula.
7. Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang berhak menamatkan kontrak bila- bila masa terhadap perkhidmatan yang gagal mematuhi perjanjian kontrak ini tanpa apa-apa tuntutan gantirugi.
8. Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang berhak membuat potongan sebanyak 5% daripada jumlah bayaran bulanan apabila berlaku kekurangan kakitangan tanpa pengawal pengganti.
9. Jabatan Kehakiman Syariah, Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima sebutharga terendah atau mana-mana tender.
|
|
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Lawatan |
|
28 Nov 2008 | 3:30 pm | Di Dewan Mesyuarat, Tingkat 3, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Utara, Jalan Bertam 1, 13200 Kepala Batas Pulau Pinang. |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|