LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN CABUTAN UNDI

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
PDT Daerah S.Perai Tengah
Nombor Rujukan
PDTSPT/UNDI PUSINGAN
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Cabutan Undi
Tajuk
CABUTAN UNDI PUSINGAN UNTUK PROJEK-PROJEK KECIL YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH PDTSPT
Tarikh Iklan
3 - Mar - 2021
Tarikh Cabutan Undi
10 - Mar - 2021
Masa Cabutan Undi
10:15 am
Tempat Cabutan Undi
DEWAN SERBAGUNA PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Syarat-syarat
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) akan mengadakankan sesi cabutan undi pusingan kerja untuk projek-projek kecil yang akan diselia dan dilaksanakan oleh PDTSPT.

1. Sesi Cabutan undi adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 BUMIPUTERA yang beralamat di DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH SAHAJA dan berdaftar dengan :
i.Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
ii.Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
iii.Berdaftar di bawah e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

2. PENDAFTARAN ADALAH DIWAJIBKAN dan akan diadakan di lokasi dan tarikh yang dinyatakan. PENDAFTARAN kontraktor BERMULA DARI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA 10.00 PAGI SAHAJA. WAKIL ADALAH TIDAK DIBENARKAN. (WALAUPUN BERSURAT).Sesi pengundian yang akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 10 MAC 2021 (Rabu)
Pendaftaran : 9.00 pagi – 10.00 Pagi
Waktu Mula Undian : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna PDTSPT

3. Sila bawa bersama
i. Sijil Asal dan salinan Perakuan Pendaftaran
ii. Sijil Asal dan Salinan Perolehan Kerja Kerajaan
iii. Sijil Asal dan Salinan Taraf Bumiputera
iv. Resit asal dan salinan pembayaran pendaftaran sistem ePerolehan Kerajaan Negeri
v. Kad pengenalan asal pemilik

semasa proses pendaftaran. Kegagalan membawa salah satu dokumen tersebut akan menyebabkan kontraktor tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sesi Cabutan Undi ini.

4. Sila bawa bersama PEN dan COP SYARIKAT semasa proses pendaftaran untuk melancarkan lagi proses pendaftaran.

5. Sebarang kegagalan untuk mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan dan sebarang syarat seperti yang dinyatakan diatas akan menyebabkan syarikat tuan/puan tidak dibenarkan menyertai sesi undian ini. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6. Bagi sesi PENDAFTARAN dan SESI CABUTAN UNDI PUSINGAN, kontraktor perlulah memenuhi syarat-syarat serta mematuhi langkah-langkah seperti berikut untuk mengawal penularan wabak Covid-19 :-
I. Pemeriksaan suhu badan melalui `held thermometer` perlu dilakukan dan hanya yang mempunyai suhu normal sahaja akan dibenarkan untuk sesi pendaftaran dan semasa sesi cabutan undi kerja.
II. Penjarakkan sosial satu (1) meter dilaksanakan
III. Pemakaian topeng muka (Face Mask)
IV. Penggunaan `hand sanitizer`
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.