LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri
Nombor Rujukan
JPVPP 03/07 - 16/2020 (B6)
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
MEMBEKAL DAN MEMASANG ALAT PENGHAWA DINGIN UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINANG
Tarikh Iklan
17 - Jul - 2020
Tarikh Jual
17 - Jul - 2020
Tarikh Tutup
21 - Jul - 2020
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang
Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA

PERTIMBANGAN

1. Jabatan tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah harganya atau sebarang sebutharga.

2. Semua penyebut harga diminta membaca dan memahami dengan teliti syarat untuk memastikan harga yang ditawarkan adalah betul dengan sepenuhnya.

SYARAT-SYARAT LAIN

1. Syarikat pembekal hendaklah berkemampuan untuk membekal dan menghantar membekal peralatan seperti mana yang ditetapkan oleh Jabatan.

2. Syarikat pembekal juga hendaklah menyatakan dengan jelas harga bekalan yang ditawarkan.

3. Pembekal yang disenarai pendekkan akan ditemuduga oleh ahli jawatankuasa teknikal jabatan jika perlu.

4. Pembekal juga wajib mengisi SURAT AKUAN PEMBIDA seperti dilampiran untuk melayakkan permohonan syarikat yang masuk tender / sebutharga * diterima. Syarat-syarat dan maklumat lain adalah seperti yang terdapat dalam Lampiran A.

5. Syarikat pembekal hendaklah mengambil tindakan berkaitan sebutharga ini mengikut tawaran setelah menerima surat tawaran rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.

BEKALAN/ PERKHIDMATAN

* Bekalan/Perkhidmatan hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi setiap pesanan / sebarang tempoh lanjutan oleh syarikat yang berjaya. Jika pembekal yang berjaya gagal menjalankan pesanan dalam tempoh yang ditetapkan, Jabatan akan membatalkan pesanan tersebut dan berhak mendapatkan perkhidmatan dari mana-mana punca, tanpa mengenepikan hak Jabatan untuk menamatkan kontrak kerana syarikat yang berjaya gagal mematuhi syarat kontrak.

* Kesemua harga kos adalah termasuk harga bagi bahan dan bekalan/perkhidmatan seperti dilampiran A. Tempoh bekalan/perkhidmatan adalah dalam masa 1 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan oleh pihak Jabatan.

* Syarikat yang berjaya hendaklah memulakan kerja-kerja yang ditawarkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam surat tawaran dikeluarkan oleh jabatan, sekiranya gagal, Jabatan tanpa rasa apa-apa prajudis akan mempertimbangkan semula tawaran tersebut kepada pembida lain yang berkelayakan.



KUANTITI

Kuantiti yang dinyatakan dalam dokumen Sebutharga ini adalah anggaran sahaja. Jabatan berhak memesan lebih atau kurang daripada kuantiti yang disebutkan atau berhak membatalkan kuantiti pesanan ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran sebutharga yang dikeluarkan oleh jabatan ini.

PESANAN

Pesanan bagi semua bekalan yang terlibat dibekalkan mengikut pesanan bekalan seperti yang dinyatakan di lampiran A.


ALAT GANTI MUDAH DIPEROLEHI

Semua peralatan yang dibekal kekal perlulah mudah untuk mendapatkan alat ganti jika memerlukan penyelenggaraan dan penukaran bahagian-bahagian tertentu.



 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
140502 (Bumiputera)PERALATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK-Sistem, Komponen Elektrik, Elektronik, Lampu Dan Aksesori(Komponen Dan Aksesori Elektrik/Elektronik)
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.