|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
PENGUMUMAN |
Talian Telefon Kaunter Perolehan (sysP) Kembali Pulih. | |
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri |
Nombor Rujukan |
JPVPP 03/07-12/2020 (B-4) |
Klasifikasi Perolehan |
BEKALAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MAKANAN TERNAKAN BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN ANEKA HAIWAN DAERAH SPT, SPU, SPS DAN DBD DI NEGERI PULAU PINANG |
Tarikh Iklan |
3 - Jul - 2020 |
Tarikh Jual |
3 - Jul - 2020 |
Tarikh Tutup |
08 - Jul - 2020 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
LOKASI 1 :
Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
LOKASI 2:
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah
Seberang Perai Utara, Pokok Sena,
13220 Kepala Batas Pulau Pinang |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat-syarat |
SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga :-
1] KEADAAN MAKANAN TERNAKAN
Makanan ternakan mestilah dalam keadaan yang baik dan tiada kerosakan.
2] HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
3] SEBUTHARGA SEBAHAGIAN
Sebutharga boleh ditawarkan bagi semua jenis makanan ternakan atau sebahagian jenis makanan ternakan.
4] BARANG-BARANG SETARA
Sebutharga boleh ditawarkan bagi makanan ternakan setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
5] PENYETUJUAN
a) Kerajaan tidak terikat untuk menyetujuterima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga; dan
b) Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu Sebutharga yang berasingan; dan
c) Jabatan berhak memilih syarikat untuk membekalkan satu jenis bekalan sekiranya perolehan itu lebih menguntungkan.
6] PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa bekalan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
7] PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana Sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.
8] TAFSIRAN
Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
9] CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
10] MATAWANG
Sebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
11] PENYERAHAN BEKALAN
i. Penyebutharga yang berjaya perlu menghantar bekalan makanan secara berperingkat mengikut jadual spesifikasi seperti dijadualkan.
ii. Pembekalan adalah bagi tempoh Tempoh penghantaran/membekalan adalah bagi tempoh 6 bulan bermula Julai 2020 sehingga Disember 2020.
iii. Penyebutharga hendaklah menghantar sekurang-kurangnya dua salinan surat penyerahan bersama-sama dengan tiap-tiap satu penyerahan makanan ternakan dan satu salinannya akan diperakui terima dan dikembalikan kepada penyebutharga apabila mkanan ternakan itu diterima.
12] KUANTITI TAWARAN/KUANTITI TAMBAHAN
JPVPP berhak menambah atau mengurangkan mana-mana kuantiti yang ditetapkan dalam dokumen sebut harga pada masa Surat Setuju Terima Tawaran dikeluarkan kepada Penyebut Harga yang berjaya. Selain daripada kuantiti yang telah ditetapkan dalam Surat Perjanjian, JPVPP boleh memesan kuantiti tambahan dalam tempoh kontrak dari tarikh kontrak ditandatangani dan Penyebut Harga hendaklah membekalkannya dengan harga yang sama.
13] PEMBAYARAN
i. Proses pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bagi setiap penghantaran iaitu Fasa 1 (Julai 2020 hingga September 2020 dan Fasa 2 (Oktober 2020 hingga Disember 2020).
ii. Dokumen sokongan yang asal untuk proses pembayaran seperti Inbois perlu dihantar setiap fasa manakala Nota Penghantaran perlu dihantar setiap kali penghantaran bekalan makanan dibuat.
iii. Pihak jabatan berhak meminda amaun pembayaran sekiranya syarat pembekalan dan spesifikasi tidak dipatuhi.
14] SYARAT-SYARAT LAIN
i. Harga yang ditawarkan adalah muktamad dan sebarang
tuntutan tambahan ekoran kenaikan kos bekalan tidak akan
dipertimbangkan untuk pembayaran.
ii. Jabatan berhak menamatkan perjanjian sekiranya terdapat
sebarang ketidakpatuhan pada sebutharga ini.
15. Borang Sebut Harga mestilah dilampirkan dengan dokumen / maklumat seperti berikut :-
i. Sesalinan SSM Syarikat
ii. Sesalinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) yang masih sah laku
iii. Sesalinan Penyata Akaun Bank Syarikat bagi 3 bulan terakhir hendaklah disertakan Bersama |
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
070302 | PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN-Ubat, Makanan Ternakan/Tumbuhan, Peralatan Dan Aksesori(Makanan Haiwan/Akuatik) | |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|