LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
PDT Daerah Seberang Perai Utara
Nombor Rujukan
PDTSPU/PD/100/15/4/5-3/2020
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN (PEJABAT PENGHULU) PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN
Tarikh Iklan
23 - Jun - 2020
Tarikh Jual
23 - Jun - 2020
Tarikh Tutup
30 - Jun - 2020
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Pengurusan Daerah,
Pejabat Daerah dan Tanah
Seberang Perai Utara
Peti Surat 1362,
13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut.

2. Maklumat sebut harga serta kelayakan asas pembekal adalah seperti berikut:

3. Perkhidmatan Pembersihan Bangunan (Pejabat Penghulu) Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang mulai 01 September 2020 hingga 31 Ogos 2022 (2 Tahun).

Kementerian Kewangan
221001 (Pembersihan Bangunan)

4. Lawatan tapak tidak akan diadakan, walau bagaimanapun penyebut harga boleh melihat sendiri kawasan atau tapak berkaitan. Dokumen Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat yang berlakri serta bertanda dengan nombor dan tajuk sebut harga. Dokumen sebut harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas.

5. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan semua kos berkaitan dengan tawaran sebut harga di atas adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga.

6. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

7. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya Penyebut Harga :
a) LEWAT mengemukakan tawaran sebut harga;
b) GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan
dalam dokumen dan Borang Sebut Harga; dan
c) GAGAL menghadiri taklimat sebut harga.

8. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my.


Pegawai Daerah
Pejabat Daerah dan Tanah
Seberang Perai Utara

 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221001 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat)
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.