Agensi Pelaksana |
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri |
Tajuk |
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG |
Tempat hantar |
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINANG |
Syarat-syarat |
1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang perkhidmatan di bawah kod bidang 220801 - Kawalan Keselamatan (Perlu Lesen KDN) Perkhidmatan.
(i) No. Sebutharga : JPVPP 03/07-18/2019
(ii) Tajuk Sebutharga : Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang
(iii) Kod Bidang : 220801
(iv) Tarikh & Masa
Taklimat & Lawatan Tapak : 13 Disember 2019 (Jumaat) & 3.00 petang
Tempat Berkumpul:
Bahagian Khidmat Pengurusan , Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Taklimat/ lawatan tapak perlu dihadiri sendiri oleh Pemilik Syarikat dan sila bawa bersama cop syarikat. Wakil syarikat tidak dibenarkan menghadiri taklimat/ sesi lawatan tapak.
(v) Tarikh Jual Dokumen Sebutharga : 10 Disember 2019
(vi) Harga Dokumen Sebutharga : RM 10.00
(vii) Tarikh & Masa Tutup Sebutharga : 19 Disember 2019
2. Dokumen Sebutharga boleh didapati di laman web : http://ep/penang.gov.my dan perlu dimuat turun oleh kontraktor dengan bayaran RM10.00 secara ’online’. Hanya penyebutharga-penyebutharga yang telah berdaftar di bawah sistem e-Perolehan ini serta mempunyai Kod Bidang yang dinyatakan di atas adalah layak untuk menyertai sebutharga ini.
3. Salinan resit pembayaran sebutharga dan salinan sijil pendaftaran daripada Kementerian Kewangan, Sijil Lesen Untuk Menjalankan Urusan Agensi Persendirian, serta Surat Akuan Pembida (Lampiran 1A) wajib disertakan bersama dengan dokumen sebutharga.
4. Semua dokuman sebutharga yang telah dimuat turun hendaklah dicetak, diisi dengan lengkap dan dilakri serta ditulis No. Sebutharga dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri atas sampul surat. Dokumen Sebutharga tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tarikh seperti yang dinyatakan di atas sebelum atau pada 19 Disember 2019, jam 12.00 tengahari.
|
220801 (Bumiputera) | Perkhidmatan-Pertahanan dan Keselamatan(Kawalan Keselamatan (perlu lesen KDN)) | |