LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
DITUTUP SEHINGGA 14 APRIL 2020


 

PEROLEHAN CABUTAN UNDI

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
PDT Daerah S.Perai Tengah
Nombor Rujukan
PDTSPT/UNDI PUSINGAN/2019
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Cabutan Undi
Tajuk
SESI CABUTAN UNDI PUSINGAN UNTUK PROJEK-PROJEK KECIL YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH PDTSPT
Tarikh Iklan
13 - Nov - 2019
Tarikh Cabutan Undi
21 - Nov - 2019
Masa Cabutan Undi
10:00 am
Tempat Cabutan Undi
DEWAN JABATAN KERJA RAYA SEBERANG PERAI TENGAH
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Syarat-syarat
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) akan menjalankan sesi cabutan undi pusingan untuk projek-projek kecil yang akan dilaksanakan oleh PDTSPT.

2. Sehubungan dengan itu, semua Kontraktor Kelas F yang berdaftar di Daerah Seberang Perai Tengah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dengan Gred G1, dibawah penghususan CE21 atau B04 yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri sesi pengundian yang akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 21 November 2019 (KHAMIS)
Pendaftaran : 9.00 pagi – 10.00 Pagi
Waktu Mula Undian : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Jabatan Kerja Raya SPT

3. Kontraktor yang layak dan berminat untuk menghadiri cabutan undi ini diwajibkan untuk membawa perkara-perkara berikut untuk tujuan penyemakan iaitu:

a) Sijil Asal dan Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) oleh CIDB yang masih sah tempoh laku.
b) Sijil Asal dan Salinan Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang masih sah tempoh laku.
c) Sijil Asal dan Salinan Taraf Bumiputera (STB) oleh CIDB yang masih sah tempoh laku.
d) Resit asal dan salinan pembayaran pendaftaran sistem ePerolehan Kerajaan Negeri
e) Kad Pengenalan

4. Hanya pemilik lesen dibenarkan untuk menyertai cabutan undi dan wakil tidak dibenarkan.

5. Sebarang kegagalan untuk mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan dan sebarang syarat seperti yang dinyatakan diatas akan menyebabkan syarikat tuan/puan tidak dibenarkan menyertai sesi undian ini. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6. Sebarang pertanyaan berhubung sesi pendaftaran ini boleh diajukan kepada Penolong Jurutera Bahagian Pembangunan (04-5488863)
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2020 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.