LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Nombor Rujukan
JAIPP. BIL. 2/2008
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN MULAI 1 OKTOBER 2008 HINGGA 30 SEPTEMBER 2010 DI PREMIS-PREMIS BERIKUT:- a) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Lebuh Pantai, Pulau Pinang b) Masjid Negeri Pulau Pinang, Jalan Air Itam, Pulau Pinang c) Pejabat Agama Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang d) Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tarikh Iklan
30 - Nov - -0001
Tarikh Jual
3 - Sep - 2008
Tarikh Tutup
18 - Sep - 2008
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam,
Lebuh Pantai,
10300 Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat

SYARAT_SYARAT TENDER
1. Sila beri sebutharga bagi bekalan perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk
kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.
2. Syarat-syarat: Penender hendaklah bertaraf Bumiputra dan berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia.
3. Tarikh dikehendaki diserahkan: pada/sebelum 18 SEPTEMBER 2008 jam 12.00
tengahari
4. Pengiriman: Melalui Peti Sebutharga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang.
5. Pembayaran: Inden Kerja/Local Order: Local Order
6. Sebutharga mestilah sampai ke alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari
pada/sebelum 18 SEPTEMBER 2008 dan hendaklah sah selama 60 hari selepas itu.
7. Sebutharga mestilah dimasukkan dalam satu sampul berlakri yang ditanda
“Sebutharga” No.JAIPP BIL. 2 Tahun 2008.

SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di lain-lain tempat dalam
pelawaan ini, syarat-syarat am berikut hendaklah dipakai melainkan setakat mana syaratsyarat
itu boleh ditolak secara tertentu atau diubah oleh penender.
1. Keadaan barang-barang
Semua barang-barang mestilah baharu dan belum diguna.
2. Diskaun
Tiap-tiap diskaun termasuk diskaun-diskaun perniagaan, tunai dan bayaran cepat
yang diberi atas harga, mestilah ditunjukkan.
3. Bekalan Sebahagian
Sebutharga boleh disampaikan bagi satu-satu benda atau bagi sebahagian kuantiti
benda-benda itu.
4. Barang-barang Samanilai
Sebutharga boleh disampaikan bagi barang-barang samanilai yang sesuai dengan
syarat butir-butir penuh diberi.
5. Setujuterimaan
i) Sebutharga yang rendah sekali atau mana-mana Sebutharga tidaklah
semestinya disetujuterima.
ii) Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai satu Sebutharga yang
berasingan.
6. Pemeriksaan
i) Kerajaan adalah berhak mengarahkan barang-barang itu diperiksa atau diuji
oleh saorang pegawai yang dilantiknya semasa ianya dibuat atau pada bila-bila
masa yang lain sebelum diserahkan.
ii) Penjual hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila
dikehendaki.
7. Perakuan Mematuhi Penentuan
Penender-penender adalah dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan yang
dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau standard (jika ada) yang
dinyatakan didalam pelawaan ini.
8. Penolakan
i) Barang-barang yang kualitinya rendah ataupun yang berlainan dari yang
disetujuterima dalam Sebutharga boleh ditolak.
ii) Apabila diminta penjual hendaklah memindahkan barang-barang yang ditolak itu
atas risiko dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik
kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan atas barang yang
ditolak.
iii) Fasal kecil (i) dan (ii) di atas adalah tanpa menyentuh apa-apa hak terhadap
ganti rosak kerana melanggar kontrak.
9. Pengiklanan
Tiada iklan mengenai setujuterimaan terhadap mana-mana tender boleh disiarkan
dalam mana-mana akbar, majalah atau lain-lain perantaraan iklan tanpa kelulusan
terlebih dahulu dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan
Negeri.
10. Tafsiran
Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah ditafsirkan
mengikut dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan penjual bersetuju
patuh kepada bidangkuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia dalam apa-apa
jenis pertikaian atau perselisihan yang mungkin timbul mengenai Sebutharga ini
atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. Insuran
Tiada apa-apa Insuran atas barang-barang dalam perjalanan dari Negeri pembekal
atau dalam Malaysia boleh dimasukkan dalam Sebutharga.
(INGATAN - Syarat-syarat No. 1 hingga 11 di atas dipakai bagi semua Sebutharga)
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.