|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
PENGUMUMAN |
Tiada Pengumuman Setakat Ini |
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
Jabatan Kewangan Negeri |
Nombor Rujukan |
11/2019 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
SEWAAN TAPAK TAMAN HIBURAN PESTA PULAU PINANG
SEMPENA PESTA PULAU PINANG 2019 DI TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG
|
Tarikh Iklan |
15 - Aug - 2019 |
Tarikh Jual |
15 - Aug - 2019 |
Tarikh Tutup |
18 - Sep - 2019 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG
ARAS 23, KOMTAR
10990, GEORGETOWN
PULAU PINANG |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat-syarat |
1. Sebut harga ini terbuka kepada semua pengusaha Taman Hiburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai Sijil Keselamatan Pengendalian Peralatan Taman Hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) .
2. Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan terang dan tandakan (√)dalam petak-petak yang berkenaan. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang perlu dan harga sebut harga yang ditawarkan dalam Borang Sebut Harga, tetapi harga ini tidak boleh kurang daripada harga rizab. (LAMPIRAN 1)
3. Pemohon yang menawarkan Harga Sebut Harga yang terbaik dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipilih menyertai Pesta Pulau Pinang 2019. Lokasi dan keluasan tapak yang ditawarkan adalah seperti di Lampiran 1.
4. Borang Sebut Harga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut : -
Dokumen Asas
(i) 1 salinan kad pengenalan pemilik syarikat (rakyat Malaysia) atau 1 salinan passport Antarabangsa pemilik syarikat (rakyat asing).
*Keutamaan kepada peniaga warganegara Malaysia*
(ii) 1 keping gambar berukuran pasport terkini yang dilekatkan pada borang permohonan.
Dokumen Perniagaan
(iii) 1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) yang telah didaftarkan.
(iv) 1 salinan Maklumat Jenis Perniagaan yang dijalankan dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) mestilah mengandungi perniagaan yang berkaitan dengan taman hiburan dan seumpamanya.
(v) 1 salinan Maklumat Pemilik Masa Kini / Maklumat Syarikat yang masih berkuat kuasa.
Dokumen Kewangan
(vi) Penyata bank syarikat untuk TIGA (3) bulan terakhir iaitu Jun, Julai dan Ogos 2019.
Dokumen Sokongan
(vii) Sijil Keselamatan Pengendalian Peralatan Taman Hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) bagi mesin permainan Kategori 1 yang dicadangkan seperti di dalam syarat-syarat/garis panduan keselamatan dilampirkan sebagai rujukan syarikat operator di Lampiran 3.(Guidelines On The Safety Management of Amusement Park Devices)
(viii) Satu kertas kerja ringkas dan padat yang merangkumi maklumat syarikat dan peralatan-peralatan permainan yang disediakan untuk digunakan semasa Pesta Pulau Pinang 2019. Sila kepilkan bersama gambar-gambar permainan yang akan digunakan.
5. Borang yang lengkap ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga sebelum jam 12.00 tengahari, 18 SEPTEMBER 2019 di :-
JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG
ARAS 23, KOMTAR
10990, GEORGETOWN
PULAU PINANG
6. Syarikat yang berjaya dikehendaki mematuhi semua syarat-syarat penyertaan Pesta Pulau Pinang seperti di Lampiran 2.
7. Sekiranya dipilih, syarikat perlu menyediakan pas dan pakaian seragam kepada pekerja Taman Hiburan bertujuan untuk memudahkan kawalan keselamatan keluar masuk Tapak Pesta. Pas yang telah disediakan perlu dikemukakan kepada pihak urusetia untuk dicop dan disahkan sebelum Pesta berlangsung.
8. Perkhidmatan kebersihan di kawasan Taman Hiburan dalam tempoh berlangsungnya Pesta adalah di bawah tanggungjawab pihak urus setia dan akan diuruskan oleh syarikat pembersihan yang dilantik. Syarikat Operator Taman Hiburan diminta untuk membersihkan kawasan Taman Hiburan selepas tempoh penganjuran Pesta termasuk mengangkut segala sampah sarap ke tapak pelupusan sampah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Tindakan pemotongan deposit akan dikenakan sekiranya kawasan Taman Hiburan tidak dibersihkan dengan sempurna.
9. Syarikat perlu mengemukakan senarai mesin permainan yang akan dibina di kawasan Taman Hiburan berserta jumlah token yang akan dikenakan kepada pengunjung.
10. Syarikat perlu memastikan semua kawasan taman hiburan dan peralatan permainan dilindungi insuran.
11. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Jawatankuasa Sektor Perniagaan & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2019 di talian 04-2623505.
|
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|