Nombor Rujukan |
JKR.SPS/ SH/ J(N) /JJ/34/2019 |
Tajuk |
Sebut Harga Untuk Menyelenggara Dan Membaharu Muka Jalan Serta Bebendul Jalan Di Kawasan Perindustrian Bukit Panchor, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang |
Tempat hantar |
Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan
Jabatan Kerja Raya
14200 Sungai Jawi
Daerah Seberang Perai Selatan
|
Syarat-syarat |
KENYATAAN SEBUT HARGA
1. Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB dan memiliki Taraf Bumiputera di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Pendaftaran tersebut hendaklah Sah Tempoh Laku serta wajib berdaftar di bawah Sistem E-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) serta yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga di bawah Gred Pendaftaran : G1 Kategori : CE Pengkhususan : 01
Taklimat Tapak adalah DIWAJIBKAN dan pihak kontraktor dikehendaki menghadiri mengikut ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 08.08.2019 ( Khamis )
Pendaftaran : 8.15 pagi – 9.30 Pagi
Taklimat Tapak : 9.40 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, JKR Seberang Perai Selatan
2. Kontraktor wajib hadir ke taklimat tapak dan hanya PEMILIK LESEN SAHAJA dibenarkan menghadiri taklimat tapak. Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN. Kontraktor dikehendaki membawa bersama SIJIL ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), RESIT ASAL Pendaftaran E-Perolehan dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Kad Pengenalan.
3. Kepada kontraktor yang ingin memohon “Kebenaran Khas Menyertai Sebutharga Di Luar Pengkhususan Berdaftar” perlu mengemukakan dokumen kebenaran khas daripada pihak CIDB semasa pendaftaran Taklimat Tapak. Kegagalan mengemukakan dokumen tersebut menyebabkan kontraktor tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebutharga di atas.
4. Dokumen Sebutharga dan butiran lanjut boleh diperolehi melalui laman web Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (http://ep.penang.gov.my).
5. Dokumen yang lengkap diisi dan dilakri serta ditulis No. Sebutharga dan Tajuk Sebutharga di sudut atas sampul surat, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya, Daerah Seberang Perai Selatan, 14200 Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan pada tarikh seperti yang dinyatakan di atas sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari. Salinan fotostat Perakuan Pendaftaran, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, Sijil Taraf Bumiputera, Surat Akuan Pembida, Akuan Pengesahan Tandatangan Kontraktor dan resit pembelian perlu dikepilkan bersama dokumen sebutharga.
|
G1 - CE - CE01 | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam(Pembinaan Jalan dan Pavmen) | |