Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Tajuk |
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR
BEKALAN KASUT BAGI
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
NEGERI PULAU PINANG
TAHUN 2020
|
Tempat hantar |
Dokumen Sebutharga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebutharga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen sebutharga tersebut mestilah sampai sebelum @ pada 24 Julai 2019 jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. |
Syarat-syarat |
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. PERIHAL SEBUTHARGA
Sebutharga ini adalah bagi perkhidmatan “Membekal dan Menghantar Bekalan Kasut Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020”.
2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/ MENOLAK SEBUTHARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah/ tertinggi atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.
3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA
Penyediaan Sebutharga
3.1 Penyebutharga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen sebutharga serta menyemak kandungan dokumen sebutharga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebutharga. Satu resit pembelian sebutharga hanya dibenarkan bagi satu dokumen sebutharga sahaja dan setiap syarikat yang menyertai hanya boleh mengemukakan satu dokumen sebutharga dengan satu tawaran harga sahaja. Sekiranya terdapat lebih daripada satu dokumen sebutharga dikemukakan maka hanya dokumen yang terawal dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Peti Sebutharga diterima untuk penilaian selanjutnya. Penyebutharga diminta mengemukakan hanya satu tawaran sebutharga sahaja.
3.2. Borang sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah seboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.
3.3. Penyebutharga perlu mengemukakan sampel kasut bersama-sama dengan dokumen sebutharga.
4. BORANG MAKLUMAT DIRI PEMILIK SYARIKAT (LAMPIRAN F)
Penyebutharga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran penyebutharga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.
5. BORANG SEBUTHARGA LAMPIRAN Q (LAMPIRAN H)
Borang ini perlu ditandatangan dan dicop oleh pemilik syarikat sebagai penyebutharga. Borang yang tidak ditandatangan oleh pemilik syarikat atau tidak bercop adalah tidak sah dan akan ditolak.
6. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN
6.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga hendaklah ditandatangani ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen sebutharga serta dicopkan dengan cop penyebutharga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.
7. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUTHARGA
7.1 Penyebutharga adalah dikehendaki mengembalikan dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik syarikat. Senarai dokumen perlu dikembalikan iaitu :
7.1.1 Borang Maklumat Diri Pemilik Syarikat (LAMPIRAN F)
7.1.2 Kedudukan Kewangan Penyebutharga (LAMPIRAN G)
7.1.3 Lampiran Q (LAMPIRAN H)
7.1.4 Senarai Perkhidmatan Yang Sedang Dan Telah Dilaksanakan (LAMPIRAN I)
7.1.5 Surat Akaun Pembida (LAMPIRAN J)
(SPP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)
7.1.6 Surat Akuan Pembida Berjaya (LAMPIRAN K)
(SPP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)
7.1.7 Salinan resit pembelian dokumen Sebutharga dari sysP.
7.1.8 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (kegagalan penyebutharga mengemukakan sijil ini ditakrifkan sebagai bertaraf 'Bukan Bumiputera').
7.1.10 Perakuan Pendaftaran/Pembaharuan Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) beserta maklumat syarikat. Penyata Akaun Bank terkini Syarikat (3 bulan berturut turut) bagi bulan April, Mei dan Jun 2019.
7.1.11 Salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukkan pengalaman, jumlah pekerja dan kepakaran berkaitan dengan tawaran sebutharga.
8. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUTHARGA
8.1 Dokumen sebutharga yang lengkap dengan perkara–perkara di 7.1 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan butir-butir berikut :-
Bil Sebutharga : Bil. PSUKPP/64/2019
Tajuk Sebutharga : Membekal dan Menghantar Bekalan
Kasut Bagi Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun
2020
Alamat : Y.B. Setiausaha Kerajaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Bahagian Khidmat Pengurusan
Paras 25, KOMTAR
10503 PULAU PINANG
8.2 Sebutharga yang dihantar dengan tangan hendaklah dimasukkan sendiri oleh penyebutharga ke dalam peti sebutharga yang disediakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang pada waktu pejabat tidak lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sebutharga yang lewat tidak akan diterima.
8.3 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan bertanggung jawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebutharga yang dihantar :-
i. Hantar Sendiri Dengan Tangan
Memasukkan dokumen sebutharga dalam peti sebutharga yang salah.
ii. Melalui Pos/Agen Penghantaran
Hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran.
8.4 Penyebutharga menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan sebutharga yang disertainya.
9. PENJELASAN LANJUT
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebutharga boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
10. PERINGATAN MENGENAI RASUAH
Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuan rasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :
10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
11. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT
11.1 Kesemua penyebutharga yang menghantar dokumen sebutharga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebutharga adalah seperti di Lampiran J. Surat Akuan Pembida adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebutharga.
11.2 Penyebutharga yang berjaya menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran K. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.
12. TEMPOH SAH SEBUTHARGA
Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebutharga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah sebutharga. Tindakan akan diambil sekiranya penyebutharga menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah sebutharga.
|
222402 | Perkhidmatan-Perkhidmatan Menjahit Dan Baik Pulih(Menjahit Bukan Pakaian) | ATAU |
020899 | PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PAKAIAN DAN KELENGKAPAN(PEMBUAT) | |