LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/46/2019
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
KERJA-KERJA BERKAITAN TAMAN DAN LANSKAP DI DEWAN SRI PINANG
Tarikh Iklan
20 - Jun - 2019
Tarikh Jual
27 - Jun - 2019
Tarikh Tutup
04 - Jul - 2019
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, TINGKAT 25, KOMTAR, PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang perkhidmatan di bawah kod bidang GRED G1, KATEGORI B, PENGKHUSUSAN B09 DAN GRED G1, KATEGORI CE, PENGKHUSUSAN CE14 yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai sebut harga berikut :

“KERJA-KERJA BERKAITAN TAMAN DAN LANSKAP DI
DEWAN SRI PINANG ”

2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam sebut harga ini adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi Taklimat dan Lawatan Tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 26 Jun 2019 (Rabu)

Masa : 10:00 pagi

Tempat : Bilik Dahlia,
Dewan Sri Pinang, Lebuh Light.
10200 Pulau Pinang

Kehadiran : Pemilik Syarikat (Wakil Tidak Dibenarkan)

Tambahan : SILA BAWA COP SYARIKAT

3. Tuan/ Puan adalah DIWAJIBKAN membawa bersama dokumen salinan asal dan salinan fotostat (tidak akan dikembalikan) yang disahkan seperti berikut :

i) Cetakan Spesifikasi Kerja dan kawasan terlibat yang dimuat turun dari Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP);
ii) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB;
iii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh CIDB; dan
iv) Sijil Taraf Bumiputera oleh PKK (jika berkaitan).


4. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) boleh mendapatkan borang sebut harga. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara atas talian (online) dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 27 Jun 2019 (Khamis).

5. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta profail syarikat dan maklumat pengalaman serta salinan sijil SPKK, CIDB dan STB (jika berkaitan) dalam kod bidang yang berkaitan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Tajuk Sebut Harga disebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut harga tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 04 Julai 2019 (Khamis) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.


6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut harga di atas adalah menjadi tanggung jawab Penyebut harga.

7. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

8. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - B - B09 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Bangunan(Lanskap)
DAN
G1 - CE - CE14 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam(Lanskap)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
26 Jun 201910:00 amBilik Dahlia,
Dewan Sri Pinang
Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
Bilik Dahlia,
Dewan Sri Pinang
Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
26 Jun 201910:00 amBilik Dahlia,
Dewan Sri Pinang
Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
Dokumen Meja 3Dokumen Meja 3
 

© 2019 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.