LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
PDT Daerah S.Perai Selatan
Nombor Rujukan
PDTSPS/02/2019(3)
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
MEMBEKAL ASET BERNILAI RENDAH DAN HARTA MODAL PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN TAHUN 2019
Tarikh Iklan
31 - May - 2019
Tarikh Jual
10 - Jun - 2019
Tarikh Tutup
18 - Jun - 2019
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. KEADAAN BARANG
Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN
(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegaw nai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.


9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawal Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG
KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)

17. PEMBUNGKUSAN

(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
020101 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI(PERABOT, PERABOT MAKMAL DAN KELENGKAPAN BERASASKAN KAYU/ROTAN/FABRIK/LOGAM/PLASTIK (WORKSTATIONS))DAN
020201 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI(MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI)DAN
020301 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PERKAKAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK(PERKAKAS ELEKTRIK DAN AKSESORI)DAN
020302 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PERKAKAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK(PERKAKAS ELEKTRONIK DAN AKSESORI)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.