LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/47/2019
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
KERJA-KERJA MEREKABENTUK DAN MEMBINA "PTMP INFO CENTRE" DI ARAS 3 RUANG LEGAR KOMTAR, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
18 - Jun - 2019
Tarikh Jual
21 - Jun - 2019
Tarikh Tutup
26 - Jun - 2019
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
SEKSYEN PENGANGKUTAN, BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI, TINGKAT 56, 10503 KOMTAR, PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Segala arahan, syarat tawaran dan penentuan kerja akan dijadikan sebahagian daripada dokumen perjanjian yang akan dimeterikan ;

2. Pemborong haruslah mengisi Surat Akuan Pembida seperti yang disertakan dan dihantar sekali bersama- sama Dokumen Sebut Harga ;

3. Setiap Pemborong mestilah menghantar segala tawaran kerja di dalam sampul surat bertutup serta berlakri yang bertajuk sebelah kiri sampul dan alamatkan seperti yang tercatit di dalam Notis Tawaran ;

4. Tawaran dan semua dokumen yang dihantar mestilah sampai di Pejabat Seksyen Pengangkutan,
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 56, KOMTAR pada waktu dan tarikh yang ditetapkan ;

5. Harga tawaran kerja mestilah sah selama 90 hari dari tarikh tawaran ditutup ;

6. Pentadbiran Seksyen Pengangkutan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-
mana tawaran ;

7. Lawatan tapak yang disertai hendaklah dihadiri sendiri oleh pemilik syarikat berkenaan dan bukan diwakilkan ;

8. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah tempoh dan tidak disenarai hitam wajib dikemukakan untuk tindakan Pentadbiran ini ;

9. Penyata Bank terkini 3 bulan wajib disertakan untuk penilaian (Februari 2019, Mac 2019 & April 2019) ;

10. Butiran pengalaman kerja-kerja yang sedang dan telah dijalankan 5 tahun yang lepas wajib dikemukakan bersama bukti seperti inden kerja dan surat tawaran untuk dijadikan penilaian bagi kontrak tersebut;

11. Pemborong yang berjaya atau tidak berjaya akan diberitahu sebaik sahaja proses memilih pemborong telah selesai ;

12. PERHATIAN
Borang tawaran dan Latar Belakang Penender / Pemborong yang telah siap diisi mestilah dimasukkan dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda, Kerja-kerja Merekabentuk Dan Membina ”Ptmp Info Centre” Di Aras 3 Ruang Legar Komtar, Pulau Pinang dan mestilah sampai ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Seksyen Pengangkutan, Bahagian Perancang Ekonomi, Tingkat 56, KOMTAR Pulau Pinang tidak lewat daripada jam 12 tengahari pada 19/6/2019 .

13. Pemborong yang dipilih untuk menjalankan kerja-kerja ini dikehendaki menandatangani perjanjian di dalam surat perjanjian yang disediakan oleh Pemborong berdasarkan kepada syarat-syarat tawaran dan syarat- syarat kontrak berkenaan ;

14. PENTING
Pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana Pemborong
yang gagal menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan dengan memuaskan iaitu seperti berikut :-

a). Menangguhkan bayaran kontrak,
b). Memotong bayaran sebanyak 30% dan
c). Membatalkan kontrak tanpa peringatan lagi.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - CE - CE21 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam(Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
21 Jun 20193:00 pmBILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 56, KOMTAR PULAU PINANGRUANG LEGAR, TINGKAT 3, KOMTAR, PULAU PINANGWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
21 Jun 20193:00 pmBILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 5, KOMTAR, PULAU PINANG
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.