LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pejabat Perhutanan Negeri
Nombor Rujukan
JPNPP/400-17/2019/18
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUT HARGA BAGI KERJA–KERJA MEMBINA DATARAN KONKRIT DI KAWASAN KOLAM MANDI UTAMA, MEMBINA TEMBOK PENAHAN KONKRIT SERTA MENAIKTARAF HALAMAN TERBUKA DENGAN TURAPAN KONKRIT MEMANCA (INTERLOCKING CONCRETE PAVING) DI KAWASAN WAKAF TERBUKA DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR, PULAU PINANG.
Tarikh Iklan
10 - May - 2019
Tarikh Jual
16 - May - 2019
Tarikh Tutup
23 - May - 2019
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang Tingkat 20, MENARA KOMTAR, Pulau Pinang.
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Kelas G1 Taraf Bumiputera Di Bawah Kategori CE Pengkhususan CE21 Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam (Gred-G1-CE21) dari Daerah Seberang Perai Selatan Sahaja dan masih dibenarkan membuat sebut harga buat masa ini untuk melaksanakan kerja-kerja berikut:-

2. Dokumen-dokumen sebut harga boleh disemak pada waktu pejabat di Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang Tingkat 20, MENARA KOMTAR, Pulau Pinang dari 13/5/2019.

3. Kontraktor-kontraktor yang berminat dikehendaki menghadiri satu lawatan tapak pada (KHAMIS) 16/5/2019. Kontraktor-kontraktor dikehendaki melaporkan diri di PONDOK INFORMASI TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR , JAM 10.00 PAGI pada hari tersebut.

4. Borang sebut harga akan hanya dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor yang hadir pada hari lawatan tapak sahaja. Untuk maksud ini kontraktor-kontraktor atau penama-penama yang sah dikehendaki mengemukakan SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang berkaitan Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputra. Sebarang SALINAN SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikemukakan tidak akan dilayan.

5. Lawatan tapak hendaklah dihadiri sendiri oleh pemilik syarikat berkenaan dan bukan diwakilkan dengan mengemukakan salinan sijil asal.

6. Borang sebut harga boleh dibeli melalui Laman Web http://ep.penang.gov.my dengan senaskah berharga RM 10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja ) mulai 16/5/2019.

7. Sebut harga ini akan ditutup pada (KHAMIS) 23/5/2019. Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut harga di Tingkat 20, Pejabat Perhutanan Negeri Pulau Pinang, sebelum JAM 12.00 Tengahari.

8. Kerajaan Negeri tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau sebarang sebut harga.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - CE - CE21 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam(Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
16 May 201910:00 amPONDOK INFORMASI TAMAN NEGERI BUKIT PANCHORTAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANGWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
16 May 201910:00 amTAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2019 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.