LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri
Nombor Rujukan
JPVPP 03/07-4/2019
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAKA-BAKA KAMBING DAN BEBIRI UNTUK TUJUAN PEMBIAKBAKAAN KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG
Tarikh Iklan
7 - May - 2019
Tarikh Jual
7 - May - 2019
Tarikh Tutup
21 - May - 2019
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG, BUKIT TENGAH 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
PERTIMBANGAN
i. Jabatan tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah harganya atau sebarang sebutharga.
ii. Jabatan tidak terikat untuk memilih satu syarikat sahaja bagi perolehan ini.
iii. Jabatan berhak memilih syarikat untuk membekalkan satu jenis baka sahaja sekiranya perolehan itu lebih menguntungkan.
iv. Semua penender diminta membaca dan memahami dengan teliti syarat untuk memastikan harga yang ditawarkan adalah betul dengan sepenuhnya.

SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga :-

1] KEADAAN TERNAKAN
Ternakan berkeadaan sihat dan bebas daripada tanda-tanda penyakit yang berjangkit.

2] HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3] SEBUTHARGA SEBAHAGIAN
Sebutharga boleh ditawarkan bagi semua bilangan ternakan atau sebahagian bilangan ternakan.

4] BARANG-BARANG SETARA
Sebutharga boleh ditawarkan bagi ternakan-ternakan setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5] PENYETUJUAN
a) Kerajaan tidak terikat untuk menyetujuterima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga; dan
b) Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu Sebutharga yang berasingan; dan
c) Jabatan berhak memilih syarikat untuk membekalkan satu jenis baka sekiranya perolehan itu lebih menguntungkan.

6] PEMERIKSAAN
a) Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki ternakan-ternakan itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pemeriksaan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan; dan
b) Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

7] PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa ternakan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8] PENOLAKAN
a) Ternakan yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui Sebutharganya boleh ditolak;
b) Apabila diminta Penyebutharga hendaklah menyebabkan ternakan yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri; dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai ternakan yang ditolak itu; dan
c) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan gantirugi kerana kemungkiran kontrak.

9] PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana Sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10] TAFSIRAN
Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11] INSURAN
Tiada apa-apa insurans atas ternakan dalam perjalanan daripada negara pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam Sebutharga.
[BARANG-BARANG EX-STOK ATAU KELUARAN MALAYSIA]

12] CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13] MATAWANG
Sebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

14] PENYERAHAN TERNAKAN
i. Ternakan hendaklah diserahkan dalam tempoh tidak melebihi 8 minggu.
ii. Penyebutharga hendaklah menghantar sekurang-kurangnya dua salinan surat penyerahan bersama-sama dengan tiap-tiap satu penyerahan ternakan dan satu salinannya akan diperakui terima dan dikembalikan kepada penyebutharga apabila ternakan itu diterima.
iii. SALINAN SIJIL KELULUSAN PENDAFTARAN TARAF BUMIPUTRA HENDAKLAH DISERTAKAN SEMASA MENGHANTAR SEBUTHARGA

15] KUANTITI TAWARAN/KUANTITI TAMBAHAN
JPVPP berhak menambah atau mengurangkan mana-mana kuantiti yang ditetapkan dalam dokumen sebut harga pada masa Surat Setuju Terima Tawaran dikeluarkan kepada Penyebut Harga yang berjaya. Selain daripada kuantiti yang telah ditetapkan dalam Surat Perjanjian, JPVPP boleh memesan kuantiti tambahan dalam tempoh kontrak dari tarikh kontrak ditandatangani dan Penyebut Harga hendaklah membekalkannya dengan harga yang sama.

SYARAT-SYARAT LAIN

i. Pembekal yang disenarai pendekkan akan ditemuduga oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal Jabatan (jika perlu).
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
070202 (Bumiputera)PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN-Tanaman, Ternakan, Baka Tanaman/Ternakan Dan Sampel (bahan yang telah diawetkan)(HAIWAN TERNAKAN, BUKAN TERNAKAN DAN AKUATIK)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.