|
|
|
WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.00 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.00 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Nombor Rujukan |
Bil. PSUKPP/21/2019 |
Klasifikasi Perolehan |
BEKALAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
MEMBEKAL, MENGUKUR, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM BAGI
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
TAHUN 2020
|
Tarikh Iklan |
23 - Apr - 2019 |
Tarikh Jual |
24 - Apr - 2019 |
Tarikh Tutup |
10 - May - 2019 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
Peti Sebut Harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 20.00 |
Syarat-syarat |
LAMPIRAN C
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. PERIHAL SEBUT HARGA
Sebut harga ini adalah Membekal, Mengukur, Menjahit dan Menghantar Pakaian Seragam Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020.
2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/ MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah/ tertinggi atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
Penyediaan Sebut Harga
3.1 Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebut harga. Satu resit pembelian sebut harga hanya dibenarkan bagi satu dokumen sebut harga sahaja dan setiap syarikat yang menyertai hanya boleh mengemukakan satu dokumen sebut harga dengan satu tawaran harga sahaja. Sekiranya terdapat lebih daripada satu dokumen sebut harga dikemukakan maka hanya dokumen yang terawal dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Peti Sebut Harga diterima untuk penilaian selanjutnya. Penyebut Harga diminta mengemukakan hanya satu tawaran harga sebut harga sahaja.
3.2. Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah seboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.
3.3. Penyebut harga perlu mengemukakan contoh pakaian /kain (jenama dan warna) yang akan ditawarkan bersama-sama dengan dokumen sebut harga.
4. BORANG MAKLUMAT DIRI PEMILIK SYARIKAT (LAMPIRAN F)
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani oleh pemilik syarikat, tawaran penyebut harga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.
5. LAMPIRAN Q (Arahan Perbendaharaan 170) (LAMPIRAN H)
Borang ini perlu ditandatangani dan dicop oleh pemilik syarikat sebagai penyebut harga. Borang yang tidak bertandatangan atau tidak ditandatangani oleh pemilik syarikat atau tidak bercop adalah tidak sah dan akan ditolak.
6. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN
6.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga hendaklah ditandatangani ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen sebut harga serta dicopkan dengan cop penyebut harga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.
7. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengembalikan dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik syarikat. Senarai dokumen perlu dikembalikan iaitu:
7.1.1 Borang Maklumat Diri Pemilik Syarikat (LAMPIRAN F)
7.1.2 Kedudukan Kewangan Penyebut Harga (LAMPIRAN G)
7.1.3 Lampiran Q (Arahan Perbendaharaan 170) (LAMPIRAN H)
7.1.4 Senarai Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan (LAMPIRAN I)
7.1.5 Surat Akaun Pembida (LAMPIRAN J)
(SPP bertarikh 16 Disember 2010)
7.1.6 Surat Akuan Pembida Berjaya (LAMPIRAN K)
(SPP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)
7.1.7 Salinan resit pembelian dokumen Sebut Harga dari sysP.
7.1.8 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (kegagalan penyebut harga mengemukakan sijil ini ditakrifkan sebagai bertaraf 'Bukan Bumiputera') dan Perakuan Pendaftaran/Pembaharuan Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
7.1.9 Penyata Akaun Bank terkini Syarikat (3 bulan berturut-turut) bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2019.
7.1.10 Salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukkan pengalaman, jumlah pekerja dan kepakaran berkaitan dengan tawaran sebut harga.
7.1.11 Contoh pakaian/kain dengan jenama dan warna yang ditawarkan oleh Penyebut harga
8. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen sebut harga yang lengkap dengan perkara–perkara di 7.1 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan butir-butir berikut :-
Bil Sebut Harga : Bil PSUKPP/21/2019
Tajuk Sebut Harga : Membekal,Mengukur, Menjahit dan Menghantar Pakaian Seragam Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020
Alamat : Y.B. Setiausaha Kerajaan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri
Bahagian Khidmat Pengurusan
Paras 25, KOMTAR
10503 PULAU PINANG
8.2 Sebut Harga yang dihantar dengan tangan hendaklah dimasukkan sendiri oleh penyebut harga ke dalam peti sebut harga yang disediakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang pada waktu pejabat tidak lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sebut harga yang lewat tidak akan diterima.
8.3 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan bertanggung jawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebut harga yang dihantar :-
i. Hantar Sendiri Dengan Tangan
Memasukkan dokumen sebut harga dalam peti sebut harga yang salah.
ii. Melalui Pos/Agen Penghantaran
Hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran.
8.4 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan sebut harga yang disertainya.
9. PENJELASAN LANJUT
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
10. PERINGATAN MENGENAI RASUAH
Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuan rasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :
10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
11. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT
11.1 Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga adalah seperti di Lampiran J. Surat Akuan Pembida dan Surat Perwakilan Kuasa adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga.
11.2 Penyebut harga yang berjaya menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran K. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.
12. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
|
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
020801 | PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PAKAIAN DAN KELENGKAPAN(PAKAIAN) | DAN | 020804 | PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PAKAIAN DAN KELENGKAPAN(PAKAIAN KESELAMATAN, KELENGKAPAN DAN AKSESORI) | DAN | 222401 | Perkhidmatan-Perkhidmatan Menjahit Dan Baik Pulih(Menjahit Pakaian Dan Kelengkapan) | |
|
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Lawatan |
|
26 Apr 2019 | 9:30 am | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan,Bilik Perbincangan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|