|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Nombor Rujukan |
CMI / SEBUT HARGA / 1 / 2019 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BAGI
TAPAK GALERI WARISAN ARKEOLOGI GUAR KEPAH,
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
|
Tarikh Iklan |
4 - Mar - 2019 |
Tarikh Jual |
4 - Mar - 2019 |
Tarikh Tutup |
28 - Mar - 2019 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG (CMI)
PARAS 47, KOMTAR, 10503 PULAU PINANG
|
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 0.00 |
Syarat-syarat |
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801 : Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai sebut harga berikut:
No. Sebut Harga : CMI / SEBUT HARGA / 1 / 2019
Tajuk Sebut Harga : Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bagi Tapak Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, Daerah Seberang Perai Utara.
Tarikh Dibuka : 4 Mac 2019 (Isnin)
Tarikh Tutup : 28 Mac 2019 (Khamis)
2. Syarikat yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 14 Mac 2019 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Tapak Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, Daerah Seberang Perai Utara
3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan Sistem e-Perolehan sahaja boleh mendapatkan borang Sebut Harga melalui laman web Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://ep.penang.gov.my/ Borang hanya boleh di muat turun dari Sistem e-Perolehan setelah menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak.
4. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan wajib hendaklahdimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan tajuk Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 28 Mac 2019 (Khamis) dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti berikut:
CMI / SEBUT HARGA / 1 / 2019
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI)
Paras 47, KOMTAR
10503 Pulau Pinang
Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
5. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan semua kos berkai-tan dengan penyediaan tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga terbabit. CMI tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. CMI berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
6. Tempoh sah laku Sebut Harga adalah selama 90 hari dari tarikh Sebut Harga ditutup.
7. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah:
i. Sebarang perubahan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan je-nayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
ii. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
iii. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau Penyebut Harga boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesala-han rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); dan
iv. Mana-mana kontraktor atau Penyebut Harga yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntu-tan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
|
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
220801 | Perkhidmatan-Pertahanan dan Keselamatan(Kawalan Keselamatan (perlu lesen KDN)) | |
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Berkumpul |
Tempat Lawatan |
Kehadiran |
14 Mar 2019 | 9:30 am | Tapak Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah,
Daerah Seberang Perai Utara | Tapak Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah,
Daerah Seberang Perai Utara | WAJIB |
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Lawatan |
|
14 Mar 2019 | 9:30 am | Tapak Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah,
Daerah Seberang Perai Utara
|
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|