LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
Bil. PSUKPP/5/2019
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
MEMBEKAL , MENGHANTAR DAN MEMASANG KOTAK PENYIMPANAN DOKUMEN DAN REKOD BAGI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
Tarikh Iklan
22 - Feb - 2019
Tarikh Jual
26 - Feb - 2019
Tarikh Tutup
28 - Feb - 2019
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 20.00
Syarat-syarat
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA

Sebut Harga ini adalah bagi perkhidmatan “Membekal ,Menghantar Dan Memasang Kotak Penyimpanan Dokumen Dan Rekod Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2019”.

2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/ MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah/ tertinggi atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyediaan Sebut Harga

3.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebut harga. Satu resit pembelian Sebut Harga hanya dibenarkan bagi satu dokumen Sebut Harga sahaja dan setiap syarikat yang menyertai hanya boleh mengemukakan satu dokumen Sebut Harga dengan satu tawaran harga sahaja. Sekiranya terdapat lebih daripada satu dokumen Sebut Harga dikemukakan maka hanya dokumen yang terawal dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Peti Sebut Harga diterima untuk penilaian selanjutnya. Penyebut Harga diminta mengemukakan hanya satu tawaran Sebut Harga sahaja.

3.2. Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah seboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.

3.3. Penyebut Harga perlu mengemukakan sampel bekalan bersama-sama dengan dokumen Sebut Harga.


4. BORANG MAKLUMAT DIRI PEMILIK SYARIKAT (LAMPIRAN F)

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran Penyebut Harga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.
5. BORANG SEBUT HARGA LAMPIRAN Q (LAMPIRAN H)

Borang ini perlu ditandatangan dan dicop oleh pemilik syarikat sebagai Penyebut Harga. Borang yang tidak ditandatangan oleh pemilik syarikat atau tidak bercop adalah tidak sah dan akan ditolak.

6. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

6.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga hendaklah ditandatangani ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen sebut harga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

7. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebut harga adalah dikehendaki mengembalikan dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik syarikat. Senarai dokumen perlu dikembalikan iaitu:

7.1.1 Borang Maklumat Diri Pemilik Syarikat (LAMPIRAN F)

7.1.2 Kedudukan Kewangan Penyebut Harga (LAMPIRAN G)

7.1.3 Borang Sebut Harga Lampiran Q (LAMPIRAN H)

7.1.4 Senarai Perkhidmatan Yang Sedang Dan Telah Dilaksanakan (LAMPIRAN I)

7.1.5 Surat Akaun Pembida (LAMPIRAN J)
(SPP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)

7.1.6 Surat Akuan Pembida Berjaya (LAMPIRAN K)
(SPP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)

7.1.7 Salinan resit pembelian dokumen Sebut Harga dari sysP.

7.1.8 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (kegagalan penyebut harga mengemukakan sijil ini ditakrifkan sebagai bertaraf 'Bukan Bumiputera').

7.1.9 Perakuan Pendaftaran/ Pembaharuan Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) beserta maklumat syarikat. Penyata Akaun Bank terkini Syarikat (3 bulan berturut turut) bagi bulan Nov 2018, Dis 2018 dan Jan 2019.

7.1.10 Salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukkan pengalaman, jumlah pekerja dan kepakaran berkaitan dengan tawaran Sebut Harga.

8. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Dokumen Sebut Harga yang lengkap dengan perkara–perkara di 7.1 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan butir-butir berikut :-

Bil Sebut Harga : Bil. PSUKPP/5/2019

Tajuk Sebut Harga : Membekal ,Menghantar Dan Memasang Kotak Penyimpanan Dokumen Dan Rekod Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2019


Alamat : Y.B. Setiausaha Kerajaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Bahagian Khidmat Pengurusan
Paras 25, KOMTAR
10503 PULAU PINANG

8.2 Sebut Harga yang dihantar dengan tangan hendaklah dikemukakan oleh penyebut harga kepada Urus Setia Sebut Harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang pada waktu pejabat tidak lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sebut Harga yang lewat tidak akan diterima.

8.3 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen-dokumen Sebut Harga yang dihantar: -


i. Hantar Sendiri Dengan Tangan

Memasukkan dokumen Sebut Harga dalam peti Sebut Harga yang salah.

ii. Melalui Pos/Agen Penghantaran
Hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran.

8.4 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Sebut Harga yang disertainya.

9. PENJELASAN LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.

10. PERINGATAN MENGENAI RASUAH

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuan rasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :

10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).


11. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT

11.1 Kesemua Penyebut Harga yang menghantar dokumen Sebut Harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran Penyebut Harga adalah seperti di Lampiran J. Surat Akuan Pembida adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran Penyebut Harga.

11.2 Penyebut Harga yang berjaya menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran K. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.

12. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut Harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebut Harga. Penyebut Harga tidak boleh menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga. Tindakan akan diambil sekiranya Penyebut Harga menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga.

 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
220202 Perkhidmatan-Penyelenggaraan/Pembaikan Mesin, Perabot Pejabat/Kediaman(Perabot Pejabat/Kediaman)ATAU
020501 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-BAHAN PEMBUNGKUSAN/BEKAS(BAHAN PEMBUNGKUSAN/BEKAS/KOTAK/PALET)ATAU
020101 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI(PERABOT, PERABOT MAKMAL DAN KELENGKAPAN BERASASKAN KAYU/ROTAN/FABRIK/LOGAM/PLASTIK (WORKSTATIONS))
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.