LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN CABUTAN UNDI

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kewangan Negeri
Nombor Rujukan
15/2018
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Cabutan Undi
Tajuk
CABUTAN UNDI LOT PERNIAGAAN PESTA PULAU PINANG 2018
Tarikh Iklan
19 - Nov - 2018
Tarikh Cabutan Undi
22 - Nov - 2018
Masa Cabutan Undi
12:00 pm
Tempat Cabutan Undi
RUANG LEGAR TINGKAT 18, JABATAN KEWANGAN NEGERI< KOMTAR
Perolehan dibuka untuk
Semua
Syarat-syarat
1. Cabutan Undi ini terbuka kepada semua peniaga Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Borang Cabutan Undi hendaklah diisi dengan lengkap, terang dan tandakan (√) dalam petak-petak yang berkenaan. Pemohon hendaklah mengisi No Kotak Cabutan Undi seperti Lampiran 1 merujuk kepada nombor lot perniagaan yang dipohon.

3. Harga sewaan lot perniagaan telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Sektor Perniagaan & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2018. Pemohon yang berjaya dalam proses cabutan undi DILARANG menjual semula lot yang ditawarkan kepada peniaga lain. Pihak Jawatankuasa berhak menarik balik tawaran lot perniagaan sekiranya perkara ini berlaku.

4. Borang Cabutan Undi hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut : -


(i) 1 salinan kad pengenalan pemilik syarikat

(ii) 1 keping gambar berukuran pasport terkini yang dilekatkan pada borang permohonan.

(iii) 1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) yang telah didaftarkan pada atau sebelum 1 Mac 2018.

(iv) 1 salinan Maklumat Jenis Perniagaan yang dijalankan dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) mestilah bersamaan dengan perniagaan yang akan dijalankan semasa penganjuran Pesta Pulau Pinang 2018.

(v) 1 salinan Maklumat Pemilik Masa Kini / Maklumat Syarikat yang masih berkuat kuasa dan tiada perubahan pemilik pada atau sebelum 1 Mac 2018.

5. Semua dokumen asal seperti di perenggan 4 perlu dikemukakan sewaktu pendaftaran bagi tujuan semakan.

6. Pendaftaran dan cabutan undi lot perniagaan Pesta Pulau Pinang 2018 akan dijalankan pada tarikh seperti berikut :



Tarikh : 22 November 2018 (Khamis)
No Tong Undi : 1 & 2
Tempat : Ruang Legar Tingkat 18
Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang KOMTAR.
Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh – Pendaftaran
12.00 tgh - 1.00 ptg - Cabutan Undi


7. Pemilik syarikat DIWAJIBKAN hadir semasa proses pendaftaran dan cabutan undi. Wakil syarikat tidak dibenarkan. Bagi syarikat Sendirian Berhad / Berhad wakil syarikat yang hadir hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada pihak syarikat.

8. Setiap pemilik syarikat hanya dibenarkan mendaftar untuk SATU lot perniagaan. Syarikat dan Pemilik yang telah mendapat lot perniagaan TIDAK LAYAK untuk cabutan kali ini. Jawatankuasa Sektor Perniagaan & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2018 berhak membatalkan pendaftaran syarikat / tawaran lot sekiranya arahan ini gagal dipatuhi.

9. Setiap syarikat yang berjaya dikehendaki mematuhi semua syarat- syarat penyertaan Pesta Pulau Pinang 2018 seperti Lampiran II.

10. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Jawatankuasa Sektor Perniagaan & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2018 di talian 04-2623505.

 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.