LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kewangan Negeri
Nombor Rujukan
11/2018
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG SEMPENA PENGANJURAN PESTA PULAU PINANG 2018
Tarikh Iklan
9 - Oct - 2018
Tarikh Jual
12 - Oct - 2018
Tarikh Tutup
18 - Oct - 2018
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PETI SEBUT HARGA, JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG, TINGKAT 23 KOMTAR, 10990 PULAU PINANG.
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1) Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang : 221002 dalam bidang perkhidmatan dibenarkan menyertai sebut harga berikut :

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG SEMPENA PENGANJURAN PESTA PULAU PINANG 2018

2) Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam sebut harga ini adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang ditetapkan. Pemilik Syarikat atau penama di Sijil Kementerian Kewangan Malaysia sahaja dibenarkan untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak. Wakil adalah tidak dibenarkan.

3) Tuan/Puan adalah diminta membawa bersama dokumen-dokumen yang masih sah laku (salinan asal) seperti berikut :

i) Sijil Pendaftaran Syarikat beserta maklumat pemilik yang masih sah;
ii)Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah (Kod Bidang ditetapkan); dan
iii) Kad Pengenalan.

4) Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP), Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan.

5) Dokumen Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai sebelum atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Paras 23 KOMTAR, Pulau Pinang. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup.

6) Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221002 (Bumiputera)Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
12 Oct 201810:00 amDewan A, Tapak Pesta, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang.Tapak Pesta, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang.WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
12 Oct 201810:00 amDewan A, Tapak Pesta, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang.
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
Dokumen Meja 3Dokumen Meja 3
 

© 2019 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.