LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/TENDER/8/2018
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN DEWAN SRI PINANG
Tarikh Iklan
16 - Oct - 2018
Tarikh Jual
23 - Oct - 2018
Tarikh Tutup
13 - Nov - 2018
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25 KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 221001 dan 221002 dalam bidang perkhidmatan dibenarkan menyertai tender PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN DEWAN SRI PINANG.

2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam tender ini adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi Taklimat dan Lawatan Tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2018 (Isnin)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Bilik Dahlia,
Dewan Sri Pinang

Kehadiran : Pemilik Syarikat (Wakil Tidak Dibenarkan)

3. Tuan/ Puan adalah DIWAJIBKAN membawa bersama dokumen salinan asal dan salinan fotostat (tidak akan dikembalikan) yang disahkan seperti berikut :

i) Cetakan Spesifikasi Kerja dan kawasan terlibat yang dimuat turun dari Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP);
ii) Sijil Pendaftaran Syarikat yang masih sah; dan
iii) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (Kod Bidang ditetapkan) yang masih sah.

4. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 secara atas talian (online) dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 23 Oktober 2018.

5. Dokumen Tender yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Nombor dan Tajuk Tender di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Tender tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 13 November 2018 (Selasa) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.

6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggung jawab Petender.

7. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

8. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221001 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat)DAN
221002 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
22 Oct 201810:00 amBilik Dahlia,
Dewan Sri Pinang
Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
Bilik Dahlia,
Dewan Sri Pinang
Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
22 Oct 201810:00 amBilik Dahlia,
Dewan Sri Pinang
Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.