LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pejabat Perhutanan Negeri
Nombor Rujukan
JPNPP/400-17/21
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
Sebut Harga Bagi Menjalankan Perkhidmatan Pengurusan Chalet di Taman Negeri Bukit Panchor
Tarikh Iklan
15 - Dec - 2014
Tarikh Jual
17 - Dec - 2014
Tarikh Tutup
30 - Dec - 2014
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Tingkat 20, Pejabat Perhutanan Negeri Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
BUTIRAN TAWARAN :
Hanya bangunan sahaja disewa untuk tujuan perkhidmatan
Kos air dan elektrik bangunan ditanggung oleh penyewa;
Kebersihan di dalam dan sekeliling kawasan bangunan dijaga oleh penyewa;
Kerosakan atau kebocoran kecil bangunan jika berlaku harus diselenggara oleh penyewa dengan kos sendiri; dan
Lain-lain terma dan syarat dengan merujuk kepada kontrak yang ditandatangani di antara Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang dengan Penyewa.

1.Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara online melalui sistem e-perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mulai 17 Disember 2014 (Rabu). Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di Tingkat 20, Pejabat Perhutanan Negeri Pulau Pinang sebelum 12.00 tengahari.

2.Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan terang. Pembida hendaklah mengisi bangunan yang dipilih.

3.Tawaran ini adalah dipelawa kepada perseorangan atau syarikat yang mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan tersebut atau lain-lain yang seumpama.

4.Pembida yang menawarkan harga bidaan yang terbaik dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipilih. Walau bagaimanapun, harga bidaan tertinggi tidak semestinya dipilih kerana penilaian juga akan tertumpu kepada latar belakang pembida, pengalaman dalam perkhidmatan dan sebagainya.

5.Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima tawaran sebut harga yang tertinggi atau mana-mana tawaran sekalipun.

6.Harga bidaan dalam Borang Sebut Harga sah selama tiga (3) bulan.

7.Satu Borang Sebut Harga adalah terhad untuk satu tujuan penyewaan sahaja.

8.Borang Sebut Harga beserta dokumen sokongan perlu dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum tarikh yang ditetapkan di alamat Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 20, Menara KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.
(Sila pastikan pembida memasukkan dokumen Sebut Harga dalam peti Sebut Harga yang betul. Dokumen Sebut Harga yang tersalah peti Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan).

9.Borang Sebut Harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

10.Pembida yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak bagi menjalankan perkhidmatan berkenaan.

11.Sebarang penjelasan atau pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak jabatan seperti berikut:

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 20, Menara KOMTAR, 10000 Pulau Pinang
Tel: (604) 6505250 Fax: (604) 2636335
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
17 Dec 201410:00 amPusat Informasi Taman Negeri Bukit PanchorPusat Informasi Taman Negeri Bukit PanchorWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
17 Dec 201410:00 amPusat Informasi Taman Negeri Bukit Panchor
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.