LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
Bil. PSUKPP/24/2014
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN PADANG BOLA SEPAK DI STADIUM NEGERI BATU KAWAN, PULAU PINANG BAGI TEMPOH SATU [1] TAHUN MULAI 1 APRIL 2014 -31 MAC 2015
Tarikh Iklan
13 - Feb - 2014
Tarikh Jual
14 - Feb - 2014
Tarikh Tutup
27 - Feb - 2014
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
NEGERI PULAU PINANG
(MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG)
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. PERIHAL SEBUT HARGA

Sebut harga ini adalah bagi menjalankan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap dan padang bola di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang bagi tempoh satu (1) tahun.

2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah/ tertinggi atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyediaan Sebut Harga

3.1 Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebut harga. Satu resit pembelian sebut harga hanya dibenarkan bagi satu dokumen sebut harga sahaja dan setiap syarikat yang menyertai hanya boleh mengemukakan satu dokumen sebut harga dengan satu tawaran harga sahaja. Sekiranya terdapat lebih daripada dokumen sebut harga dikemukakan maka hanya dokumen yang terawal dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Peti Sebut Harga diterima untuk penilaian selanjutnya. Penyebut Harga diminta mengemukakan hanya satu tawaran harga sebut harga sahaja.

3.2. Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah seboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.


4. BORANG MAKLUMAT DIRI PEMILIK SYARIKAT (LAMPIRAN E)

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani tawaran penyebut harga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.


5. BORANG SEBUT HARGA KERJA (LAMPIRAN G)

Harga Tawaran

5.1 Penyebut harga adalah diingatkan bahawa kadar harga sebulan yang ditawarkan adalah hasil daripada kos yang dibuat berpandukan Asas Pergiraan Ringkasan Sebut Harga Kerja di Lampiran H.

5.2 Borang ini perlu ditandatangani dan dicop oleh pemilik syarikat sebagai penyebut harga. Borang yang tidak bertandatangan dan bercop adalah tidak sah dan akan ditolak.

6. RINGKASAN SEBUT HARGA KERJA (LAMPIRAN H)

6.1 Borang ini perlu diisi dengan lengkap dan dikembalikan.

6.2 Kadar harga sebulan yang ditawarkan dalam Lampiran G adalah hasil daripada perkiraan yang dibuat berdasarkan elemen-elemen yang terkandung dalam lampiran ini. Pihak urusetia akan membuat perkiraan semula ke atas perkiraan ini dan sekiranya jumlah yang dikira semula berbeza dengan jumlah yang dibuat oleh Penyebut Harga tawaran Penyebut Harga boleh ditolak.

7. SENARAI PERALATAN PEMILIK SYARIKAT

7.1 Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap. Bahan dan peralatan yang dinyatakan ini adalah merupakan jenis/jenama yang syarikat akan gunakan sekiranya syarikat berjaya ditawarkan sebut harga ini kelak.

8. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

8.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga hendaklah ditandatangani ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen sebut harga serta dicopkan dengan cop penyebut harga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

9. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

9.1 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengembalikan dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik syarikat. Senarai dokumen perlu dikembalikan iaitu :


9.1.1 Borang Maklumat Diri Pemilik Syarikat (LAMPIRAN E)

9.1.2 Kedudukan Kewangan Pemilik Syarikat (LAMPIRAN F)

9.1.3 Borang Sebut Harga Kerja (LAMPIRAN G)

9.1.4 Ringkasan Sebut Harga Kerja (LAMPIRAN H)

9.1.5 Senarai Peralatan Pemilik Syarikat (LAMPIRAN I)

9.1.6 Senarai Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan (LAMPIRAN J)

9.1.7 Surat Akaun Pembida (LAMPIRAN K)
(SPP bertarikh 16 Disember 2010)

9.1.8 Salinan fotostat resit pembelian dokumen Sebut Harga.

9.1.9 Pendaftaran Syarikat, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh CIDB yang masih sah.

9.1.10 Salinan Sijil Taraf Bumiputera oleh PKK yang masih sah. Penyebut Harga yang tidak mengemukakan sijil ini ditakrifkan sebagai bertaraf Bukan Bumiputera.

9.1.11 Penyata Akaun Bank terkini Syarikat (3 bulan berturut-turut) bagi bulan November 2013, Disember 2013 dan Januari 2014.

9.1.12 Salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukkan pengalaman, jumlah pekerja dan kepakaran berkaitan dengan tawaran sebut harga.

10. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

10.1 Dokumen sebut harga yang lengkap dengan perkara perkara di 9.1 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan butir-butir berikut :-

Bil Sebut Harga : Bil. PSUKPP/24/2014

Tajuk Sebut Harga : Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap dan
Padang Bola di Stadium Negeri Batu Kawan Pulau Pinang bagi tempoh Satu (1) Tahun mulai 01 April 2014 hingga 31 Mac 2015

Alamat : YB. Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan Paras 25, KOMTAR
10503 PULAU PINANG

10.2 Sebut Harga yang dihantar dengan tangan hendaklah dimasukkan sendiri oleh penyebut harga ke dalam peti sebut harga yang disediakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Paras 25, KOMTAR, Jalan Penang, Pulau Pinang pada waktu pejabat tidak lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sebut harga yang lewat tidak akan diterima.

10.3 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan bertanggung jawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebut harga yang dihantar :-

i. Hantar Sendiri Dengan Tangan
Memasukkan dokumen sebut harga dalam peti sebut harga yang salah.

ii. Melalui Pos/Agen Penghantaran
Hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran.

10.4 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan sebut harga yang disertainya.

11. PENJELASAN LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.

12. PERINGATAN MENGENAI RASUAH

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuan rasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :

12.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
12.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

12.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

12.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

13. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT

13.1 Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga adalah seperti di Lampiran K. Surat Akuan Pembida dan Surat Perwakilan Kuasa adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga.

13.2 Penyebut harga yang berjaya menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran M. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.


14. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - B - B09 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Bangunan(Lanskap)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
20 Feb 201410:00 amPintu Utama, Stadium Negeri Batu Kawan
Batu Kawan, Pulau Pinang.
Stadium Negeri Batu Kawan
Batu Kawan, Pulau Pinang.
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
20 Feb 201410:00 amStadium Negeri Batu Kawan
Batu Kawan, Pulau Pinang.
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.