|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
PENGUMUMAN |
Talian Telefon Kaunter Perolehan (sysP) Kembali Pulih. | |
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
Jabatan Kewangan Negeri |
Nombor Rujukan |
7/2013 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAPAK PESTA,
SUNGAI NIBONG SEMPENA PENGANJURAN
PESTA PULAU PINANG 2013 |
Tarikh Iklan |
20 - Aug - 2013 |
Tarikh Jual |
5 - Sep - 2013 |
Tarikh Tutup |
18 - Sep - 2013 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG, PARAS 23 KOMTAR, PULAU PINANG. |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat-syarat |
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang : 221002 dalam bidang perkhidmatan dibenarkan menyertai sebut harga berikut :
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG SEMPENA PENGANJURAN PESTA PULAU PINANG 2013
2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam sebut harga ini adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 04 September 2013 (Rabu)
Masa : 03.00 petang
Tempat : Dewan A, Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri, Tapak Pesta Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Kehadiran : Pemilik Syarikat (Wakil Tidak Dibenarkan)
3. Tuan/Puan adalah diminta membawa bersama dokumen-dokumen yang masih sah laku (salinan asal dan salinan fotostat) seperti berikut :
i) Sijil Pendaftaran Syarikat beserta maklumat pemilik yang masih sah; dan
ii) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah (Kod Bidang ditetapkan).
4. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan e-Perolehan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mulai 05 September 2013.
5. Dokumen Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai sebelum @ pada 18 September 2013 (Rabu) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG, PARAS 23 KOMTAR, PULAU PINANG. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup.
6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. |
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
221002 | Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan) | |
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Berkumpul |
Tempat Lawatan |
Kehadiran |
04 Sep 2013 | 3:00 pm | Dewan A, Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri, Tapak Pesta Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang. | Tapak Pesta Sungai Nibong, Jabatan Kewangan Negeri, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang | WAJIB |
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Lawatan |
|
04 Sep 2013 | 3:00 pm | Dewan A, Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri, Tapak Pesta Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|